Kembara Pendidikan Tinggi & Kemahiran

Kembara Pendidikan EY 2021

Program Kembara Pendidikan Tinggi & Kemahiran ini direkabentuk dan disusun rapi bagi mendedahkan masyarakat setempat akan kepentingan pendidikan tinggi dan kemahiran. Masyarakat setempat dari pelbagai latar belakang umur dan pendidikan akan didedahkan dengan segala peluang pendidikan yang ada; yang bersesuaian dengan mereka. Program Kembara Pendidikan Tinggi & Kemahiran ini akan turut disertai oleh penyedia program pendidikan tinggi bertaraf Universiti, Kolej, Kolej Kemahiran & Penyedia Latihan Teknikal yang bakal menyediakan peluang pembelajaran dari dalam dan luar Malaysia. Program ini juga membolehkan masayarakat setempat untuk menerima pendidikan tanpa perlu keluar dari kawasan setempat mereka.

Program Kembara Pendidikan Tinggi & Kemahiran ini akan turut disertai oleh para penyedia latihan di peringkat pendidikan tinggi, pendidikan vokasional dan teknikal serta penyedia latihan bagi kursus-kursus jangka pendek. Penyedia program pendidikan dan latihan yang bekerjasama di dalam program Kembara Pendidikan Tinggi & Kemahiran ini ialah:

  1. Universiti Sultan Azlan Shah
  2. Universiti Teknologi MARA
  3. Universiti Kuala Lumpur
  4. Asia e University
  5. Kolej Universiti Geomatika
  6. Kolej Universiti Saito
  7. Kolej IPSCA
  8. Kolej Pengajian Islam Johor
  9. Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Program ini juga akan turut disertai oleh pembiaya pendidikan dari institusi kewangan terpilih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia di talian : 011 1770 0337